Kangana Ranaut pernah tolak filem "Sanju" dan "Sultan" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kangana Ranaut pernah tolak filem "Sanju" dan "Sultan"

Penulis: Nisa Irina

Kangana Ranaut ditolak untuk bekerja dengan Aditya Chopra pada masa akan datang.
Kangana Ranaut ditolak untuk bekerja dengan Aditya Chopra pada masa akan datang.

3 Apr – Aktres berbakat Kangana Ranaut mendedahkan bahawa dia pernah menolak apabila aktor dan penerbit Ranbir Kapoor menawarkannya untuk membintangi filem "Sanju" (2018).

"Ranbir Kapoor telah datang ke rumah saya dan menawarkan saya untuk berlakon dalam "Sanju". Namun saya tidak berapa gemar akan watak yang ditawarkan.

"Babak yang saya perlu lakonkan dalam filem itu juga tidak banyak jadi saya menolak tawarannya. Bayangkan mana ada aktres lain yang sanggup cakap tidak kepada Ranbir?" katanya yang dipetik dari News 18.

Sedikit butiran mengenai "Sanju", filem arahan Rajkumar Hirani itu menceritakan kehidupan bintang veteran Sanjay Dutt, ketagihannya terhadap dadah, hubungan bersama bapanya serta situasi di mana dia ditahan kerana terlibat dengan kes pengeboman di Bombay tahun 1993.

Watak Sanjay dilakonkan oleh Ranbir dan filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Paresh Rawal, Vicky Kaushal, Sonam Kapoor, Dia Mirza, Anushka Sharma, Manisha Koirala dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Kangana turut mendedahkan dia pernah menolak untuk membintangi filem "Sultan" terbitan Aditya Chopra sehinggakan penerbit tidak mahu bekerja dengannya untuk projek filem lain pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Kangana akan muncul dalam dua buah filem baru pada tahun ini iaitu "Thalaivi", yang akan ditayangkan pada 26 Jun, serta "Tejas" pada 9 Oktober.

(Sumber: News 18)
(Sumber foto: Masala Pics)

Cinema Online, 03 Apr 2020

Waktu Tayangan