Reen Rahim selesa jadi diri sendiri walaupun dikecam | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Reen Rahim selesa jadi diri sendiri walaupun dikecam

Penulis: Ashraf Nasser

Reen Rahim ambil pendekatan tutup ruangan komen kerana tidak mahu dibanjiri komen negatif.
Reen Rahim ambil pendekatan tutup ruangan komen kerana tidak
mahu dibanjiri komen negatif.

13 Ogos – Pelakon popular Reen Rahim memberitahu dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri dan tidak ambil pusing dengan segala kecaman terhadapnya berikutan dia sering tampil dengan imej seksi di media sosial Instagram miliknya.

Menurut Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, peminat sepatutnya tidak mencampur adukkan kehidupan peribadinya dengan watak yang dilakonkannya.

"Lakonan adalah minat saya. Kehidupan sebenar pula ketika saya menjadi diri sendiri, bukannya pelakon. Tetapi saya anggap satu kejayaan apabila lakonan menjadi bualan penonton hingga mereka mengambil tahu tentang diri saya.

"Saya mahu berkongsi bakat menerusi lakonan, usah campur aduk realiti kehidupan saya sebenar saya," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Berikutan itu, pelakon "Town Mall" ini mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen untuk gambar tertentu dari dibanjiri komen negatif.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 32 tahun itu teruja apabila filem terbarunya "Syif Malam Raya" yang sebelum ini ditayangkan di saluran berbayar Astro First kini ditayangkan di pawagam pula sejak hujung Julai lalu.

Terdahulu filem yang menampilkan barisan pelawak popular dan selebriti YouTube ini telah mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM3 juta selepas 10 tayangan di Astro First.

Sementara itu, Reen kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya berjudul "Kelmarin Cinta" arahan Jamal Khan yang mana menyaksikan dia akan bergandingan dengan Shukri Yahaya sebagai peneraju.

Selain drama, dia juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Omerta" arahan Aeril Zafrel yang kini dalam proses pos-produksi.

(Sumber foto: Reen Rahim Instagram)

Cinema Online, 13 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Syif Malam Raya (Malay) (30 Jul 2020)
Town Mall (Malay) (01 Oct 2020) [Showtimes] [Trailers]
KL Vampires (Malay) (14 Nov 2019)


Waktu Tayangan