Riena Diana tak sabar nak jayakan "Kampung People" musim kedua | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Riena Diana tak sabar nak jayakan "Kampung People" musim kedua

Penulis: Ashraf Nasser

Riena Diana harap penggambaran akan bermula secepat mungkin
Riena Diana harap penggambaran akan bermula secepat mungkin.

2 Jun – Tidak dapat dinafikan sejak episod pertama drama "Kampung People" disiarkan, ia mendapat sambutan yang cukup memberasangkan daripada penonton kerana dikatakan menampilkan jalan cerita yang sangat menarik.

Berbeza dengan drama-drama klise yang sering ditayangkan di televisyen yang hampir 90 peratus berkisarkan percintaan, namun drama arahan Wan Hasliza ini menceritakan mengenai keluarga yang tinggal di kampung.

Antara watak paling menjadi tumpuan adalah watak gadis bimbo dan gedik lakonan Laila yang sentiasa mencuit hati penonton, dan pelakonannya iaitu Riena Diana turut mengakui tidak sabar untuk kembali menjayakan watak Laila untuk musim kedua.

"Sepatutnya penggambaran musim kedua sudah bermula. Tetapi seperti kita sedia maklum, selepas negara dilanda wabak COVID-19, ada sektor pekerjaan diberhentikan buat sementara waktu, termasuk industri seni.

"Saya dimaklumkan syarikat produksi sedang menunggu permit memulakan penggambaran dengan prosedur operasi standard (SOP). Pelakon mula diberi skrip minggu ini. InsyaAllah diharap penggambaran dapat bermula secepat mungkin," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Riena atau nama sebenanrya Nur Qamariena Diana Zulreal berkata untuk drama musim kedua ini beberapa watak baru akan diperkenalkan selain watak asal.

Selain Riena, Elly Mazlein, Hun Haqeem, Datuk Fizz Fairuz dan Rashidi Ishak juga akan kembali menghidupkan watak asal mereka.

(Sumber foto: Riena Diana Instagram)

Cinema Online, 02 Jun 2020

Waktu Tayangan