Riena Diana berjaya hidupkan watak komedi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Riena Diana berjaya hidupkan watak komedi

Penulis: Nisa Irina


Riena Diana teruja para penonton menyukai lakonannya dalam "Kampung People".

6 Jan – Fenomena drama komedi bersiri TV3 "Kampung People" yang sudah hampir ke penghujungnya ternyata membuka peluang baru buat pelakon Riena Diana sepanjang dua tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Menurut Riena, atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal, dia kini menerima banyak tawaran untuk menjayakan watak komedi selepas watak Laila dalam drama itu menarik perhatian ramai.

"Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas positif sejak drama itu disiarkan.


"Selama ini, ramai ingat saya hanya mampu membawa watak baik atau menjadi mangsa keadaan, namun karakter Laila yang 'bimbo' membuktikan saya boleh mempelbagaikan lakonan.

"Secara peribadi, saya memang terkejut dengan reaksi penonton. Ingatkan penonton benci, tidak sangka pula ramai yang suka. Lebih membuatkan saya teruja, drama ini menjadi 'trending' setiap kali bersiaran," katanya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon berusia 22 tahun itu lagi, sebagai persiapan membawa watak Laila, dia telah mengamati cara pelakon Sharifah Sakinah dan King Coco bertutur sebagai rujukan dan mencipta kelainan sendiri.

Diarahkan oleh Wan Hasliza, drama "Kampung People" turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz dan Haeriyanto Hassan.

(Sumber foto: Riena Diana Instagram)

Cinema Online, 06 Jan 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan