Rishi Kapoor tegur sikap pihak yang mempermainkan negaranya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Rishi Kapoor tegur sikap pihak yang mempermainkan negaranya

Penulis: Nisa Irina

Varun Dhawan hargai jasa wira-wira yang bantu cegah virus COVID-19.
Varun Dhawan hargai jasa wira-wira yang bantu cegah virus COVID-19.

28 Mac – Aktor veteran Rishi Kapoor menegur perbuatan sesetengah pihak yang tidak memandang serius terhadap situasi pandemik COVID-19 serta Perintah Berkurung yang dilaksanakan kerajaan India.

Ia berikutan baru-baru ini terdapat beberapa individu yang bertanyakan jika Rishi sudah memenuhkan bekalan minuman beralkohol untuk kegunaan sepanjang 21 hari tempoh berkurung.

"Sesiapa yang melawak tentang negara atau cara hidup saya, saya akan sekat individu itu di laman sosial. Tolong berwaspada dan ingat amaran ini.

"Ini adalah satu perkara yang serius. Lihat apa yang sudah jadi kepada negara kita! Semua pihak perlu membantu dan bekerjasama menangani situasi wabak ini. Bawa bertenang dan jangan panik," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, Rishi turut terkesan dengan perbuatan orang yang bertindak menyerang pihak polis dan ahli medik ketika tempoh berkurung dilaksanakan serta menganggap situasi itu sebagai satu kecemasan.

Beralih ke perkembangan lain, sebelumnya Rishi telah dipilih membintangi filem "The Intern" bersama aktres Deepika Padukone, namun pihak penerbit bercadang mencari penggantinya.

Ia berikutan kadar kesihatan Rishi yang menurun sejak Januari. Tahun lalu, Rishi telah menjalani rawatan di London selepas disahkan menghidap kanser tulang sumsum.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: My Nation)

Cinema Online, 28 Mac 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan