"Roh" berjaya kutip lebih RM200 ribu selepas seminggu di pawagam | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Roh" berjaya kutip lebih RM200 ribu selepas seminggu di pawagam

Penulis: Ashraf Nasser

Walaupun filem ini bajet kecil, namun kualiti yang ditampilkan cukup menakjubkan.
Walaupun filem ini bajet kecil, namun kualiti yang ditampilkan cukup menakjubkan.

14 Ogos – Tahniah diucapkan kepada filem seram tempatan "Roh" yang berjaya mengutip RM243,184 selepas seminggu ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.

Jumlah kutipan terkini filem ini telah dimuat naik oleh pihak produksi "Roh", iaitu Kuman Pictures di laman sosial Facebook rasmi mereka.

Dalam posting tersebut Kuman Pictures turut memberi statistik kutipan mengikut hari termasuk prestasi di ketiga-tiga negara serta jumlah penonton tertinggi di pawagam.

"Statistik box-office #filemROH minggu pertama. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk mengkaji trend semasa. Kami sayang semua penonton kami."

Berikut adalah statistik filem "Roh" di ketiga-tiga negara selama seminggu:


Jumlah kutipan dari hari pertama sehingga hari ketujuh.


Top 10 lokasi pawagam yang mendapat jumlah tontonan tinggi.


Peratusan tontonan di Malaysia lebih tinggi berbanding di Singapura dan Brunei.

Walaupun ramai yang menganggap kutipan lebih RM200 ribu selepas seminggu bukanlah sesuatu yang baik, tetapi mereka perlu tahu setiap pawagam ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, iaitu setiap panggung perlu ada penjarakkan sosial.

Rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini di pawagam memberikan pujian terhadap naskhah ini yang dikatakan kualitinya setanding dengan filem antarabangsa walaupun filem ini mempunyai menelan belanja sekitar RM360,000 sahaja.

Maka tidak hairanlah sebelum ini penerbit filem "Roh" berani memberi jaminan wang dikembalikan sekiranya penonton tidak berpuas hati dengan kualiti filem ini.

Filem arahan Emir Ezwan ini berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Junainah dan Putri Qaseh.

Diharap kutipan "Roh" akan terus meningkat untuk minggu kedua dan seterusnya.

(Sumber foto: Kuman Pictures Facebook)

Cinema Online, 14 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Roh (Malay) (06 Aug 2020)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan