Penerbit "Roh" beri jaminan wang dikembalikan sekiranya filem tidak menarik | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Penerbit "Roh" beri jaminan wang dikembalikan sekiranya filem tidak menarik

Penulis: Ashraf Nasser

Tindakan penerbit yang berani beri jaminan wang dikembalikan membuktikan mereka sangat yakin filem mereka bagus.
Tindakan penerbit yang berani beri jaminan wang dikembalikan membuktikan
mereka sangat yakin filem mereka bagus.

4 Ogos – Jika kebanyakan penerbit filem tempatan tidak mahu ambil risiko tayang filem mereka di pawagam kerana bimbang tidak akan mendapat kutipan seperti yang disasarkan berikutan penjarakan sosial dalam pawagam, tetapi berbeza pula dengan penerbit filem seram "Roh" iaitu Kuman Pictures.

Menerusi satu posting di media sosial rasmi Kuman Pictures, mereka menawarkan sesuatu yang tidak pernah ditawarkan oleh penerbit filem tempatan lain sebelum ini iaitu 'JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN' untuk filem terbaru mereka itu.

"Tonton #filemROH di hari pembukaan (6 Ogos) di mana-mana pawagam. Jika puas, sebarkan cintanya!.

"Jika tak puas, kami akan pulangkan wang anda. Pos tiket (maksimum 4) dan butiran bank anda ke Kuman Pictures Sdn Bhd, Suite #109, MBE Taman Desa, 57A Faber Plaza, Jalan Desa Bakti, Taman Desa, 68100 Kuala Lumpur.

"Kami akan 'bank-in' ke akaun anda."

Bagaimanapun jaminan wang dikembalikan itu hanya untuk tiket 6 Ogos sahaja dan perlu pihak Kuman Pictures perlu terima tiket tersebut selewat-lewatnya 20 Ogos.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Kuman Pictures memberi Jamaninan Wang Dikembalikan untuk filem terbitan mereka kerana sebelum ini mereka gunakan kaedah ini terhadap filem pertama mereka iaitu "Two Sisters".

(Sumber foto: IMDb)

Cinema Online, 04 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Roh (Malay) (06 Aug 2020)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan