Buletin
Rakul Preet Singh enggan bahayakan kesihatan demi watak


Tarikh disiarkan: 21 Februari 2020

Rakul Preet Singh turunkan hampir 10kg berat badannya untuk filem "De De Pyaar De".
Rakul Preet Singh turunkan hampir 10kg berat badannya untuk filem "De De Pyaar De".

21 Feb – Biarpun sesetengah aktor sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan sesuatu watak, namun lain pula aktres Rakul Preet Singh yang enggan membahayakan kesihatannya demi perkara tersebut.

Menurut Rakul, pemakanan, kecergasan dan filem merupakan tiga perkara paling diutamakan dalam hidupnya, namun dia akan menolak watak yang memerlukannya untuk menambah berat badan.

"Transformasi fizikal memainkan peranan penting dalam filem dan untuk "De De Pyaar De", berat badan saya susut hampir lapan ke 10kg dalam tempoh 45 hari.

"Saya tak kisah untuk turunkan berat badan tetapi jika saya disuruh untuk menambah 20kg untuk sesuatu watak, saya tak akan melakukannya.


"Saya tak akan melakukan sesuatu yang membahayakan kesihatan dan kecergasan saya," jelas bintang filem "Marjaavaan" itu yang dipetik dari Hindustan Times.

Jika mengikuti laman sosial Rakul, aktres itu sering memuat naik foto dan video rutin senaman dan kecergasannya untuk memberi inspirasi kepada para peminatnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Beralih ke perkembangan lain, Rakul akan berkongsi skrin dengan John Abraham dan Jacqueline Fernandez menerusi filem aksi "Attack" arahan Lakshya Raj Anand, yang bakal dirilis pada 14 Ogos 2020.

Selain itu, dia juga bakal membintangi filem sains fikyen arahan R. Ravikumar berjudul "Ayalaan" dan "Indian 2" yang dijangka rilis pada 2021.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: FHM)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide