Filem Salman Khan "Dabangg" kini dalam bentuk siri animasi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem Salman Khan "Dabangg" kini dalam bentuk siri animasi

Penulis: Nisa Irina

caption
Pengembaraan watak polis Chulbul Pandey akan lebih meluas dalam siri animasi "Dabangg".

28 Mei – Filem aksi polis lakonan bintang terkenal Salman Khan iaitu "Dabangg" kini bakal menemui para peminat dalam bentuk siri animasi yang bakal ditayang menerusi portal penstriman video.

Sehubungan dengan itu, penerbit dan aktor Arbaaz Khan memberitahu ia bertujuan untuk memperkembangkan lagi francais "Dabangg" memandangkan ia sesuai buat tontonan sekeluarga.

"Medium ini menawarkan kebebasan berkarya dan kreativiti yang tiada tandingannya, malah kami boleh memfokuskan kisah 'standalone' yang lebih pendek dalam jalan cerita yang lebih panjang.

"Personaliti Chulbul lebih besar dari apa yang dilihat dan dalam animasi ini, pengembaraannya akan lebih meluas," ujar Arbaaz yang juga adik kepada Salman, menerusi Tribune India.

Menurut Arbaaz lagi, produksi mereka akan bekerjasama dengan sebuah studio animasi iaitu Cosmos-Maya untuk menerbitkan siri tersebut dalam dua musim.

Siri animasi itu akan menampilkan semula watak polis hebat Chulbul Pandey, bersama watak-watak lain dalam francais filem berkenaan seperti Chhedi Singh, Rajjo dan Prajapatiji.

Walau bagaimanapun, para pelakon suara yang akan dipilih bagi mengalih suara watak-watak berkenaan masih belum didedahkan buat masa ini.

(Sumber: Tribune India)
(Sumber foto: Cinema Express)

Cinema Online, 28 Mei 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan