Sarah Suhairi mahu ceburi dunia lakonan secara serius | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sarah Suhairi mahu ceburi dunia lakonan secara serius

Penulis: Ashraf Nasser

Sarah Suhairi enggan terima tawaran watak berat buat masa ini.
Sarah Suhairi enggan terima tawaran watak berat buat masa ini.

10 Jul – Selepas berjaya mencipta nama dalam dunia muzik, penyanyi popular Sarah Suhairi kini mahu menceburkan diri dalam dunia lakonan secara serius pula.

Menurut Sarah, sebelum ini dia pernah terlibat dalam drama pendek #SisCuba pada tahun 2018, membintangi telefilem "Geng Big Stage Beraya" dan drama "Salam Squad 2.0".

"Kesukaran saya dalam berlakon adalah sering memandang kea rah kamera. Ini kerana saya sudah terbiasa kalau menyanyi mesti pandang tepat pada kamera.

"Jadi selalu jugalah saya kena tegur dengan pengarah supaya tak pandang ke arah kamera dan berlakon harus semula jadi. Bagaimanapun, saya seronok melakukannya.

"Lebih menarik lagi apabila mendapat sokongan semangat daripada pelakon lain," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Sarah berkata dia masih perlu banyak menimba ilmu lakonan dan akan terus memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi seorang pelakon yang baik.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia hanya akan menerima tawaran berlakon untuk watak ringan sahaja buat masa ini dan akan menolak watak yang memerlukannya bermain dengan emosi.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai kerjaya muziknya Sarah merancang untuk muncul dengan lagu terbarunya tidak lama lagi.

Katanya, dia kini sudah mempunyai beberapa lagu untuk dipilih tetapi memerlukan masa untuk meneliti setiap lagu terlebih dahulu sebelum pilih sebagai lagu solonya nanti.

(Sumber foto: Sarah Suhairi Instagram)

Cinema Online, 10 Jul 2020

Waktu Tayangan