Sara Ali Khan kekal aktif walaupun dalam tempoh Perintah Berkurung | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sara Ali Khan kekal aktif walaupun dalam tempoh Perintah Berkurung

Penulis: Nisa Irina

Sara Ali Khan ajak orang ramai sama-sama derma ke Dana PM-CARES.
Sara Ali Khan ajak orang ramai sama-sama derma ke Dana PM-CARES.

8 Apr – Di saat negara India dikenakan Perintah Berkurung pada ketika ini, aktres Sara Ali Khan bijak mengisi masa lapangnya di rumah dengan aktiviti-aktiviti sihat dan bermanfaat.

Seperti yang dimuat naik di Instagram miliknya, anak kepada aktor Saif Ali Khan itu aktif melakukan latihan tarian dan rutin senaman bagi mengekalkan kecergasan badannya.

Pada masa yang sama, Sara turut mengajak orang ramai supaya sama-sama menderma kepada tabung bantuan kerajaan bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan ketika situasi pandemik ini melanda.

"Saya ingin menderma ke Dana PM-CARES dan Tabung Bantuan Ketua Menteri Maharashtra. Saya ingin mengajak anda semua untuk memberi kerjasama dalam membantu masyarakat negara kita.

"Setiap sumbangan anda dikira dan sama-samalah kita bersatu pada dengan harapan untuk membendung pandemik ini," tulisnya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Instagram.

Dalam perkembangan kariernya, Sara kini sedang menantikan tayangan filem "Coolie No. 1" arahan David Dhawan yang kini dalam proses pos-produksi. Filem itu dijangka rilis pada 1 Mei 2020.

Selain itu, pandemik ini juga menyebabkan penggambaran filem "Atrangi Re" terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan terkawal.

Diarahkan oleh Aanand L. Rai, filem muzikal itu menggandingkan Sara bersama aktor Akshay Kumar dan Dhanush. Filem itu bakal ditayangkan di pawagam pada 12 Februari 2021.

(Sumber: Sara Ali Khan Instagram)
(Sumber foto: Sara Ali Khan Instagram)

Cinema Online, 08 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan