Awal Ashaari umum Scha Alyahya hamil anak kedua | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Awal Ashaari umum Scha Alyahya hamil anak kedua

Penulis: Nisa Irina

Lara Alana teruja bakal jadi kakak kepada bayi yang bakal dilahirkan.
Lara Alana teruja bakal jadi kakak kepada bayi yang bakal dilahirkan.

7 Ogos – Pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari mengumumkan berita gembira buat para peminat apabila isterinya yang juga pelakon dan pengacara Scha Alyahya kini hamil anak kedua.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada 6 Ogos (Khamis) menganggap ia sebagai satu hadiah paling bermakna.

Berita gembira itu dikongsikan melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram milik Awal, menunjukkan keletah comel anak sulung pasangan itu, Lara Alana, yang teruja untuk mendapat adik.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

"Kami bakal menimang anak kedua kami, dan Insya-Allah kandungan sudah mencecah empat bulan. Doakan ibu dan bayi sihat dalam kandungan dan dapat menjalani kehamilan dengan sempurna.

"Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga," tulis pelakon filem "Niyang Rapik" itu di ruangan kapsyen.

Seperti yang dikatakan oleh Lara dalam video itu, dia tidak sabar untuk menjadi kakak kepada adik lelakinya, namun Awal pantas mengusik tentang bagaimana Lara mengetahui jantina adiknya.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Awal dan Scha masih belum mengesahkan jantina sebenar anak kedua mereka itu.

Perkongsian Awal menarik perhatian ramai peminat serta rakan-rakan selebriti seperti Lisa Surihani, Janna Nick, Neelofa, Erra Fazira, Nabila Huda dan ramai lagi, yang rata-rata gembira dan mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

(Sumber foto: Awal Ashaari Instagram)

Cinema Online, 07 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Seru (Malay) (28 Apr 2011)
NIYANG RAPIK (Malay) (25 Feb 2010)
SYURGA CINTA (Malay) (21 May 2009)


Waktu Tayangan