Sekuel filem Priyanka Chopra & Kangana Ranaut "Fashion" direalisasikan? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sekuel filem Priyanka Chopra & Kangana Ranaut "Fashion" direalisasikan?

Penulis: Nisa Irina

Mungkinkah Priyanka Chopra dan Kangana Ranaut akan kembali dalam "Fashion 2"?
Mungkinkah Priyanka Chopra dan Kangana Ranaut akan kembali dalam "Fashion 2"?

21 Mei – Para peminat berkemungkinan akan berpeluang menyaksikan semula gandingan aktres Priyanka Chopra Jonas dan Kangana Ranaut di layar perak menerusi sekuel filem "Fashion" (2008).

Menurut laporan dari Koimoi, sekuel filem itu mungkin akan direalisasikan jika pengarah Madhur Bhandarkar bersetuju untuk menghasilkannya memandangkan filem pertama berjaya dapat kutipan pecah panggung.

Difahamkan aktor Arjan Bajwa, yang turut membintangi filem itu, mendedahkan bahawa dia dan Priyanka pernah mengemukakan cadangan kepada Madhur untuk menghasilkan sekuelnya.

"Semuanya bergantung kepada Madhur. Malah saya dan Priyanka juga sering mencadangkan kepada dia untuk lakukan sesuatu tentang "Fashion 2", tulis cerita tentangnya.

"Saya tak tahu, mungkin dia sedang mengambil masa untuk memikirkan idea yang bagus bagi sekuelnya," ujar Arjan.

"Fashion" mengisahkan Meghna Mathur, seorang gadis desa yang bercita-cita untuk menceburi bidang pemodelan. Dia akhirnya berpindah ke Mumbai untuk meneruskan impiannya selepas memenangi pertandingan ratu cantik.

Untuk rekod, ia merupakan filem komersial yang menerima maklum balas positif daripada para pengkritik dan penonton dari segi lakon layar, sinematografi, muzik, pengarahan dan persembahan lakonan.

Selain itu, Priyanka juga telah dinobatkan sebagai Aktres Terbaik Anugerah Filmfare ke-54, sementara Kangana merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam acara yang sama.

(Sumber: Koimoi)
(Sumber foto: Priyanka Chopra & Kangana Ranaut Instagram)

Cinema Online, 21 Mei 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan