SENIMAN bakal saman seorang blogger kerana fitnah Zed Zaidi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

SENIMAN bakal saman seorang blogger kerana fitnah Zed Zaidi

Penulis: Ashraf Nasser

'Screeshot' artikel fitnah oleh sebuah blogger yang dikongsi oleh SENIMAN.
'Screeshot' artikel fitnah oleh sebuah blogger yang dikongsi oleh SENIMAN.

8 Apr - Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) memberitahu mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger yang mengeluarkan sebuah artikel berbaur fitnah terhadap Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi.

Artikel yang disiarkan oleh sebuah blogger jacknjillcute.com menggunakan tajuk yang cukup kontroversi iaitu 'Jasa pengorbanan kami lebih hebat berbanding frontliner la', namun isi kandungan artikel itu dikatakan berbeza.

"Kami dah tahu siapa buat berita palsu ini. Tunggu sahaja tindakan SENIMAN ye dik. Pandai adik buat fitnah dan laga-lagakan orang supaya gaduh dan nak naikkan pengikut. SENIMAN doakan adik yang buat ini selamat dunia akhirat," tulis SENIMAN di laman Facebook rasmi mereka.


Terdahulu, Cinema Online turut ada membuat semakan di blog tersebut tetapi tidak menjumpai artikel tersebut kerana ia mungkin sudah dipadam oleh penulis blog itu.

Tindakan tidak beretika oleh blogger ini telah mengeruhkan keadaan antara penggiat seni dan netizen yang sebelum ini 'berperang' di laman sosial mengenai permohonan penggiat seni untuk mendapatkan bantuan khas daripada kerjaan berikutan terjejas akibat COVID-19.

Diharap isu ini tidak lagi dipanjangkan kerana pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah pun memperuntukkan dana kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mana ia hanya akan diberikan kepada penggiat seni yang memerlukan sahaja.

(Sumber foto: SENIMAN Facebook)

Cinema Online, 08 Apr 2020

Waktu Tayangan