SENIMAN bantu penggiat seni terjejas akibat COVID-19 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

SENIMAN bantu penggiat seni terjejas akibat COVID-19

Penulis: Ashraf Nasser

Zed Zaidi menerusi SENIMAN akan cuba bantu ahli-ahli yang terjejas.
Zed Zaidi menerusi SENIMAN akan cuba bantu ahli-ahli yang terjejas.

27 Mac – Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyedari ramai ahli-ahlinya terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan berikutan penularan wabak COVID-19.

Berikutan itu, SENIMAN telah mengambil inisiatif mereka sendiri dengan memberikan bantuan barangan keperluan harian kepada ahli-ahli yang memerlukannya.

"Untuk program amal ini, kami bergabung dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) untuk membeli barangan keperluan dan diagihkan kepada ahli masing-masing.

"Antara barangan yang diberi adalah beras, gula, minyak, tepung dan sebagainya," ujarnya Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi kepada BH Online.

Menurut Zed, pihak persatuan SENIMAN peka dengan situasi semasa dan sedar sejak hari pertama perlaksaan PKP, ramai anak seni tidak dapat bekerja berikutan penggambaran terpaksa dihentikan.

Tambahnya lagi, sejak arahan PKP dikeluarkan dia banyak mendapat panggilan telefon daripada ahli yang mengadu nasib mengenai kesusahan yang dihadapi mereka.

Oleh itu, Zed berkata pihak SENIMAN akan terus komited untuk membantu anak-anak seni dengan segala sumber yang mereka ada.

Bagi ahli yang ingin mendapatkan bantuan, mereka tidak perlu mengisi sebarang boring sebaliknya hanya perlu menunjukkan kad keahlian sahaja.

(Sumber foto: Zed Zaidi Instagram)

Cinema Online, 27 Mac 2020

Waktu Tayangan