"Syif Malam Raya" jadi filem ketiga ditayangkan di Astro First | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Syif Malam Raya" jadi filem ketiga ditayangkan di Astro First

Penulis: Ashraf Nasser

"Syif Malam Raya" pastinya akan membuatkan penonton tidak kering gusi dengan aksi-aksi lucu.
"Syif Malam Raya" pastinya akan membuatkan penonton tidak kering gusi dengan aksi-aksi lucu.

18 Mei – Filem seram komedi "Syif Malam Raya" menjadi filem ketiga yang mengambil keputusan untuk tidak menunggu tayangan di pawagam sebaliknya menayangkan filem itu di saluran berbayar Astro First.

Menurut salah seorang penerbit filem itu iaitu Dato' Norman Abdul Halim, rancangan mereka untuk menayangkan filem "Syif Malam Raya" di pawagam pada bulan Mei tidak dapat dilakukan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Walaupun pada awalnya filem ini dijadualkan unutk tayangan di pawagam, industri perfileman tempatan hars berdepan dengan keadaan realiti semasa dan ketidak tentuan tarikh mula pawagam untuk kembali beroperasi.

"Pihak kami amat bernasib baik kerana "Syif Malam Raya" dipilih untuk mula tayangan di Astro First beberapa hari sebelum Hari Raya. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Astro yang bertindak begitu pantas dalam menyediakan ruang alternatif buat kami penggiat seni, sekaligus memainkan peranan penting dalam menyelamatkan industri perfileman tempatan," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara iaitu Raja Jastina Raja Arshad pula berkata susulan lanjutan PKPB, pihak Astro Shaw terus memainkan peranannya dalam mengutamakan penonton Astro dengan menyajikan kandungan-kandungan segar untuk tontonan sekeluarga berikutan masyarakat tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya pada tahun ini.

Terdahulu, Astro Shaw telah menggunakan platform Astro First untuk menayangkan filem dari Indonesia iaitu Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini" yang mana ia mendapat sambutan yang positif.

Malah pada awal Mei lalu, filem tempatan pertama yang ditayangkan di saluran berbayar itu adalah "Manap Karaoke" arahan Mamat Khalid yang mana ia telah berjaya berada di kedudukan nombor satu dalam carta Astro First.

Filem arahan Profesor Madya Dato' Dr A. Razak Mohaideen ini berkisarkan mengenai dua sahabat iaitu Zaid dan Hisyam yang perlu bekerja pada malam raya untuk menghantar satu mayat ke Ipoh dan ketika dalam perjalanan mereka telah menumpangkan Mera dan Yoh yang mahu pulang ke kampung halaman mereka. Bagaimanapun kejadian aneh mula berlaku apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Filem terbitan Astro Shaw, Ray Theme dan edaran United Studios ini dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Atu, Sharif dan Syaiful dari kumpulan Zero, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, Reen Rahim, Lia Natalia, Nadia Brian, Sheila Mambo dan ramai lagi

"Syif Malam Raya" akan mula menemui penonton pada 21 Mei ini.

Cinema Online, 18 Mei 2020

Filem Berkaitan:
Syif Malam Raya (Malay) (Not Showing)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan