Sharifah Amani ingin bintangi filem bersama ibu lagi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharifah Amani ingin bintangi filem bersama ibu lagi

Penulis: Nisa Irina

Sharifah Amani berkongsikan senarai filem tempatan menarik yang ada di Netflix.
Sharifah Amani berkongsikan senarai filem tempatan menarik yang ada di Netflix.

10 Apr – Melihat filem lamanya berjudul "Cinta" ditayangkan semula di kaca televisyen, pelakon Sharifah Amani meluahkan hasratnya untuk kembali berkongsi skrin bersama ibu Fatimah Abu Bakar di layar perak.

""Cinta" merupakan kali pertama saya membintangi filem bersama Mama saya. Kami hanya berkongsi satu babak sahaja. Selebihnya dia banyak membintangi filem pendek saya.

"Saya berharap dapat kembali berkongsi skrin lebar bersamanya suatu hari nanti. InsyaAllah. Mama adalah pelakon yang paling saya minati. Saya sayang Mama," tulisnya di laman Twitter.

"Cinta" merupakan sebuah filem romantik arahan Kabir Bhatia yang mempunyai lima kisah, mengenai Harris dengan isterinya Airin; hubungan Dyan dengan adiknya, Dhani; cinta Elyas seorang pesara guru dengan pemilik gerai, Rubiah; hubungan Azlan dan Azura, dan hubungan Arianna dan Taufiq.

Selain Amani, filem yang ditayangkan pada tahun 2006 itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Fasha Sandha, Nanu Baharudin, Baizura Kahar, Eizlan Yusof, Pierre Andre, Que Haidar dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Amani atau lebih mesra disapa Nani, turut mencadangkan beberapa filem terbaik tempatan yang boleh ditonton di Netflix kepada warganet di Twitter.

"Dekat Netflix ada "Pekak", "Bunohan", "Crossroads: One Two Jaga", "Fly By Night" dan banyak lagi. Filem buatan Malaysia yang pernah ditayang di arena antarabangsa," katanya.

Terbaru, Nani bakal kembali ke layar perak menerusi filem aksi "Zombitopia" arahan Woo Ming Jin, bersama pelakon Shaheizy Sam yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

(Sumber foto: Sharifah Amani Instagram)

Cinema Online, 10 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Motif (Melayu) (26 Sept 2019)
Gol Dan Gincu Vol. 2 (Melayu) (25 Okt 2018)
Pekak (Melayu) (01 Sept 2016)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan