Sharifah Sakinah minta isu bantuan kerajaan tak diperbesar | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharifah Sakinah minta isu bantuan kerajaan tak diperbesar

Penulis: Nisa Irina

Sharifah Sakinah sedih melihat perbalahan orang ramai di media sosial.
Sharifah Sakinah sedih melihat perbalahan orang ramai di media sosial.

31 Mac – Pelakon Sharifah Sakinah meminta semua pihak untuk menghentikan perbalahan mengenai isu bantuan kerajaan yang menjadi buah mulut orang ramai dalam keadaan krisis pandemik COVID-19 ini.

Ia berikutan pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan beban rakyat dengan mensalurkan bantuan berbentuk wang tunai iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 dan M40.

Sebelumnya, terdapat segelintir artis yang menyuarakan pendapat bahawa golongan artis perlu menerima bantuan khusus daripada kerajaan, menyebabkan mereka dikecam pengguna media sosial.

"Alhamdulilah, kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya simpanan. Kami tiada beg mahal, kami hanya berseronok sahaja. Percaya kepada rezeki memberi. Ramai artis yang dah derma diam-diam tetapi anda tak tahu.

"Ramai yang mengambil kesempatan dengan menyebar khabar angin artis, ramai yang sedang tunjuk hero tetapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi. Sekarang ini berlaku perang saudara antara kita, membahaskan siapa yang menderita atau mendapat manfaat.

"Anda terlepas benda yang paling penting, perang ini bukan antara kita, tetapi antara kita dengan musuh yang tak dapat dilihat. Tak kira sama ada anda tergolong dalam B40, T20, PN atau PH, bangsa Melayu, Cina, Johor atau Kadazan sekalipun.

"Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. Kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Semoga Allah mengampunkan kita semua, baru dugaan sekecil-kecil zarah, tetapi kesannya pada seluruh muka bumi tak kira kasta," tulisnya menerusi laman Instagram.

Sehubungan dengan itu, pelakon filem "Rise: Ini Kalilah" berkenaan turut meluahkan rasa kecewa melihat perbalahan dan pertelingkahan yang bagaikan tiada akhirnya serta meminta semua pihak bekerjasama dalam membendung krisis ini.

Beralih ke perkembangan karier, Sakinah bakal tampil dalam filem terbaru iaitu "Bikin Filem" arahan Latiff Zami yang kini dalam proses pos-produksi. Filem komedi gelap itu menceritakan kisah belakang tabir pembikinan sesebuah filem.

(Sumber foto: Sharifah Sakinah Instagram)

Cinema Online, 31 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Rise: Ini Kalilah (English / Malay / Tamil / Chinese) (13 Sep 2018)
Kimchi Untuk Awak (Malay) (30 Mar 2017)
Pekak (Malay) (01 Sep 2016)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan