Sharifah Sakinah tak hiraukan kecaman warganet | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharifah Sakinah tak hiraukan kecaman warganet

Penulis: Nisa Irina

 Sharifah Sakinah minta sesiapa yang tidak selesa dengan pilihan hidupnya untuk tidak lagi mengikutinya.
Sharifah Sakinah minta sesiapa yang tidak selesa dengan pilihan
hidupnya untuk tidak lagi mengikutinya.

13 Jul – Biarpun seringkali menerima kecaman daripada warganet, namun pelakon Sharifah Sakinah seakan sudah lali, malah tidak mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya di media sosial.

Sakinah, atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, juga enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai berita penceraiannya dengan suami Aliff Adha, yang dimaklumkan baru-baru ini.

"Saya mungkin senyap dan tidak memberi maklum balas kepada mana-mana mesej. Terima kasih kepada sesiapa yang menyokong dan juga menghina. Ingatlah, yang kamu semua ada keluarga juga. Saya tak akan menjadikan kehidupan saya ini dramatik, saya tak akan memanjangkan cerita dan saya hanya akan fokus terhadap kerja saya.

"Jika sesiapa mempunyai masalah dengan sebarang pilihan hidup, pakaian atau tindakan saya, boleh berhenti mengikuti saya di ruangan ini. Silalah komen dengan bebas, cuma elakkan dari bergaduh sesama sendiri, kita semua ada benda yang lebih baik untuk dilakukan hari ini," tulisnya di Instagram.

Sejak kebelakangan ini, namanya sering menjadi perhatian susulan foto cara pemakaiannya yang dimuat naik di media sosial sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan warganet.

Dalam perkembangan lain, Sakinah yang bakal membintangi filem "Bikin Filem", kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem pendek berjudul "Gula-Gula" arahan Sein Qudsi, bersama pelakon dan pengacara Qi Razali.

(Sumber foto: Sharifah Sakinah Instagram)

Cinema Online, 13 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Rise: Ini Kalilah (English / Malay / Tamil / Chinese) (13 Sep 2018)
Kimchi Untuk Awak (Malay) (30 Mar 2017)
Pekak (Malay) (01 Sep 2016)


Waktu Tayangan