Sharifah Amani sumbang dana bantuan gelandangan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharifah Amani sumbang dana bantuan gelandangan

Penulis: Nisa Irina


Sharifah Amani aktif di media sosial sepanjang tempoh PKP.
6 Apr - Dalam situasi krisis kesihatan yang melanda dunia ini, pelakon Sharifah Amani membuat keputusan untuk menyalurkan wang bantuan kepada pertubuhan yang menjaga kebajikan golongan gelandangan di Malaysia.

Sebelumnya Amani dan adik beradiknya telah berkolaborasi dengan jenama barang kemas Bythian iaitu #SharifahSistersXBythian, yang dilancarkan pada Disember tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, Amani atau lebih mesra disapa Nani memberitahu, keuntungan yang diperoleh daripada hasil jualan barang kemas itu juga akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

"Bythian sedang menawarkan lima individu bertuah untuk merebut peluang memenangi satu daripada koleksi barang kemas #SharifahSistersXBythian.

"Bythian juga menawarkan promosi 'stay at home' sebanyak 20% untuk anda!

"#SharifahSisters akan mendermakan semua hasil keuntungan kami kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita dan Bythian akan melakukan yang sama kepada pertubuhan-pertubuhan yang membantu golongan gelandangan," tulisnya di laman Twitter.

Dalam pada itu, Nani yang dilihat aktif di media sosial turut berkongsikan aktivitinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti membaca buku, mempromosikan koleksi barang kemasnya serta menonton filem-filem Bollywood.

Beralih ke perkembangan lain, Nani akan tampil dengan filem terbarunya "Zombitopia" bersama pelakon Shaheizy Sam yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

(Sumber foto: Sharifah Amani Twitter) Cinema Online, 06 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Motif (Malay) (26 Sep 2019)
Mencari Rahmat (KKIFF) (Malay) (22 Jul 2017)
Terbaik Dari Langit (Malay) (25 Dec 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan