Sharnaaz Ahmad tidak ambil hati dikecam netizen | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharnaaz Ahmad tidak ambil hati dikecam netizen

Penulis: Nisa Irina


Sharnaaz Ahmad salurkan wang bantuan kepada golongan memerlukan.

30 Mac – Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan kekecewaan apabila terdapat segelintir pihak yang salah faham terhadap kenyataannya berhubung isu penggiat seni memerlukan bantuan khusus kerajaan sehingga menimbulkan fitnah.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga pertengahan April, kerajaan telah memutuskan untuk menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 dan M40.

Seperti yang dimuat naik menerusi saluran Instagram Live baru-baru ini, Sharnaaz telah membidas segelintir selebriti tempatan yang meminta bantuan dalam nada sinis namun ia disalah anggap.


Malahan terdapat portal hiburan yang menyunting rakaman video yang dimuat naik itu sehingga kenyataan yang dibuat menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.

Berikutan itu, pelakon filem "Juvana" berkenaan tampil menjelaskan bahawa dia hanya melawak dan mengakui dirinya tidak layak untuk menerima bantuan tersebut dan mahu sedekahkan wang bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Saya tidak layak menerima duit RM1,000 dari kerajaan sebab ada yang lagi sangat memerlukan. Saya sedekahkan duit itu kepada yang memerlukan. Jadi bab stereng kereta itu, jangan risau saya beli guna duit sendiri.

"Maafkan saya jika ada pihak yang terasa. Saya salah. Maaf ya kawan. Kepada yang menyunting video saya kepada bahagian itu sahaja untuk membangkitkan amarah netizen supaya saya dikecam, tahniah anda berjaya.

"Saya tak ambil hati, saya tahu dia bosan. Kepada yang mengecam pun tidak mengapa, luahkan perasaan anda itu, saya faham anda tertekan. Saya doakan semua selamat," tulisnya menerusi laman Twitter.

(Sumber foto: Sharnaaz Ahmad Instagram)

Cinema Online, 30 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Wangi (Malay) (05 Sep 2019)
Sindiket (Malay) (06 Apr 2017)
Juvana 3: Perhitungan Terakhir (Malay) (29 Sep 2016)


Waktu Tayangan