Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam

Penulis: Nisa Irina

Sharnaaz dan Nabila akan terus membesarkan Jebat dengan baik.
Sharnaaz dan Nabila akan terus membesarkan Jebat dengan baik.

22 Jul – Pergolakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan ahli perniagaan Noor Nabila berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai secara hakam selepas beberapa bulan menanti keputusan mahkamah syariah.

Sehubungan dengan itu, Sharnaaz telah memuat naik sebuah video berdurasi enam minit di laman Instagram bagi mengulas penceraiannya buat para peminat dan pihak media.

"Saya dan Nabila sudah berpisah secara baik oleh ketentuan hakam baru-baru ini. Alhamdulillah, kami masih berkawan dan telah bermaaf-maafan tetapi jodoh itu rahsia Allah. Kami tidak ada menyimpan dendam antara satu sama lain.

"Mungkin saya bukan suami yang baik tetapi saya akan jadi bapa yang baik untuk anak saya, Jebat. Keutamaan saya dan Nabila sama iaitu membesarkan serta memberi yang terbaik untuk Jebat. Saya tidak akan pernah buat Jebat rasa dia kehilangan seorang bapa.

"Alhamdulillah, saya diberi keizinan oleh Nabila untuk berjumpa dengan Jebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja jadi tiada sebab untuk saya abaikan dia. Insya-Allah, saya akan ada untuk Jebat hingga akhir hayat saya.

"Saya harap saya dapat beri penjelasan ini kepada semua pihak. Jangan tanya pasal pengganti sebab saya tidak fikir lagi dan tidak mahu fikir, yang penting saya ada anak saya. Itu pun sudah cukup. Dialah kebahagiaan utama saya," katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana pernah menjadi isteri yang baik buatnya selama tahun-tahun yang lalu dan kini dia bersedia untuk mulakan hidup baru.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini hampir berusia dua tahun.

(Sumber foto: Jebat Jayden Instagram)

Cinema Online, 22 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Wangi (Melayu) (05 Sept 2019)
Sindiket (Melayu) (06 Apr 2017)
Juvana 3: Perhitungan Terakhir (Melayu) (29 Sept 2016)


Waktu Tayangan