Sheila Rusly mahu undur diri dari dunia seni | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sheila Rusly mahu undur diri dari dunia seni

Penulis: Ashraf Nasser

Sheila Rusly nafi akan bersara dari dunia lakonan.
Sheila Rusly nafi akan bersara dari dunia lakonan.

29 Mei – Pelakon, pengacara dan penerbit drama popular Sheila Rusly memberitahu dia mahu mengundurkan diri buat seketika waktu kerana terlalu penat selepas lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni tanah air.

Sheila berharap dengan penjelasan ini dapat menyangkal dakwaan kononnya dia mahu undur diri dari dunia seni kerana merajuk apabila watak Opah Aminah lakonannya dalam drama "Bukan Gadis Biasa" dikecam hebat.

"Saya pelik bagaiamana cerita mahu berehat daripada bidang lakonan menjadi sensasi semula. Sedangkan perkara itu saya umumkan sejak Oktober tahun lalu ketika menjalani penggambaran drama "Bukan Gadis Biasa".

"Keputusan itu dibuat bukan sebab saya kecil hati dengan kritikan penonton terhadap watak Opah Aminah. Sekelumit pun saya tidak berkecil hati. Itu hak mereka bersuara dan saya tidak boleh menghalang," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Wanita berusia 48 tahun ini bagaimanapun berkata sekiranya ada watak menarik yang boleh mencabar kemampuannya sebagai pelakon sudah pasti dia akan menerimanya.

Dalam pada itu, Sheila mengakui terkilan dengan tohmahan penonton yang mendakwa drama terbitan dan lakonannya "Bukan Gadis Biasa" sebagai drama 'sampah'.

Menurut Sheila, tiada penerbit yang sanggup mengeluarkan bajet besar dan menjalani penggambaran sehingga tiga bulan kerana mahu hasilkan sebuah naskhah 'sampah'.

Bagaimanapun dia berkata inilah lumrah sebagai penggiat seni yang sentiasa berdepan risiko tohmahan.

Kali terakhir Sheila beraksi di layar perak adalah pada tahun 2006 menerusi filem "Diva Popular".

(Sumber foto: Sheila Rusly Instagram)

Cinema Online, 29 Mei 2020

Waktu Tayangan