Shilpa Shetty dedah cabaran sebagai aktres Bollywood pada era 90-an | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shilpa Shetty dedah cabaran sebagai aktres Bollywood pada era 90-an

Penulis: Nisa Irina

Shilpa Shetty akui filem "Dhadkan" berjaya ubah persepsi orang ramai terhadapnya.
Shilpa Shetty akui filem "Dhadkan" berjaya ubah persepsi orang ramai terhadapnya.

18 Nov – Untuk mengukuhkan nama dalam industri perfileman kedua terbesar di dunia pastinya bukan sesuatu yang mudah bagi seorang aktor mahupun aktres, begitu juga dengan bintang Bollywood jelita, Shilpa Shetty.

Menceritakan pengalamannya yang sudah hampir tiga dekad bergelar aktres, Shilpa mengakui dirinya pernah menjadi 'typecast', iaitu pelakon yang sering ditawarkan watak sama, pada awal kerjayanya.

"Berbalik pada tahun 1990-an, jujurnya kami semua adalah 'typecast', bergantung pada jika kamu adalah aktres terbaik dan kamu akan ditawarkan filem-filem besar atau kamu adalah 'typecast' yang terkenal dengan watak sama.

"Saya tergolong dalam kalangan itu, jadi tiada siapa pernah mempercayai saya untuk menawarkan watak utama.

"Namun filem "Dhadkan" merupakan batu loncatan buat saya, di mana pengarah Dharmesh Darshan berjaya mengubahnya apabila saya meminta untuk kelihatan lebih glamor dalam busana India," katanya yang dipetik dari DNA India.

Secara tidak langsung, perkara itu mengubah persepsi orang ramai terutamanya dalam kalangan pembikin filem apabila "Dhadkan" berjaya pecah panggung dan menerima sambutan ramai.

Malah, sejak itu juga Shilpa sering menerima tawaran watak utama dan lebih berbeza seperti filem "Hathyar", "Badhaai Ho Badhaai", "Phir Milenge" dan "Shaadi Karke Phas Gaya Yaar".

Kini selepas enam tahun berehat dari dunia lakonan, Shilpa bakal kembali dengan dua filem baru iaitu "Nikamma" arahan Sabbir Khan dan filem komedi "Hungama 2" arahan Priyadarshan.

(Sumber: DNA India)
(Sumber foto: East Coast Daily)

Cinema Online, 18 Nov 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan