Para peminat beri ucapan hari lahir kepada Karisma Kapoor | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Para peminat beri ucapan hari lahir kepada Karisma Kapoor

Penulis: Nisa Irina

Selamat Hari Lahir Karisma Kapoor!
Selamat Hari Lahir Karisma Kapoor!

26 Jun – Semalam genap usia aktres jelita Karisma Kapoor mencecah 46 tahun dan para peminat dilihat teruja memberi ucapan selamat hari lahir kepada Karisma menerusi media sosial.

Biarpun sekian lama tidak dilihat berlakon di layar perak kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga, namun ia tidak bermakna para peminat terus melupakan Karisma, malah mereka setia menyokongnya.

Berikut merupakan antara ucapan-ucapan para peminat yang disampaikan buat bintang filem "Dil To Pagal Hai" dan "Raja Hindustani" itu di laman Twitter.

Biarpun kelibatnya tidak dilihat di layar perak, namun baru-baru ini Karisma telah kembali dalam dunia lakonan menerusi siri web "Mentalhood" terbitan Ekta Kapoor.

Menurut Karisma, pada asalnya dia tidak begitu yakin untuk kembali berlakon namun serta merta mengubah fikiran setelah membaca skrip siri tersebut kerana ia banyak berkait dengan kehidupan sehariannya.

Dalam perkembangan lain, Karisma juga mendedahkan bahawa dia bakal terlibat dengan sebuah projek filem komedi tetapi enggan berkongsi butiran lanjut memandangkan ia masih dalam peringkat awal.

Walau apapun, pihak kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-46 kepada Karisma Kapoor!

(Sumber: Twitter)
(Sumber foto: Beauty Queen Pinterest)

Cinema Online, 26 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan