Para peminat sambut ulang tahun ke-28 Shah Rukh Khan di Bollywood! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Para peminat sambut ulang tahun ke-28 Shah Rukh Khan di Bollywood!

Penulis: Nisa Irina

Pencapaian Shah Rukh Khan sebagai bintang filem Bollywood menjadi inspirasi ramai peminat.
Pencapaian Shah Rukh Khan sebagai bintang filem Bollywood menjadi inspirasi ramai peminat.

26 Jun – Semalam (25 Jun) menandakan ulang tahun ke-28 bintang Bollywood paling terkenal Shah Rukh Khan, yang juga dikenali sebagai 'King of Bollywood', berada dalam industri perfileman Bollywood.

Shah Rukh Khan memulakan kariernya sebagai pelakon dengan membuat penampilan dalam beberapa siri televisyen pada tahun 1980-an, sebelum melangkah ke dunia perfileman menerusi filem "Deewana".

Sejak itu, Shah Rukh Khan dilihat selesa menjayakan watak-watak antagonis dalam filem "Baazigar", "Darr" dan "Anjaam", kemudiannya menjadi hero buat kali pertama dalam filem romantik "Dilwale Dulhania Le Jayenge" di samping Kajol.

Sehingga kini, Shah Rukh Khan, yang juga bergelar penerbit, mempunyai lebih 80 buah filem dalam tangan serta 15 Anugerah Filmfare dan beberapa anugerah berprestij yang lain.

Sehubungan dengan sambutan ulang tahun ke-28 pembabitannya dalam industri, para peminat meluahkan keterujaan mereka dengan ucapan tahniah dan dedikasi buat Shah Rukh Khan di laman Twitter berserta #28GoldenYearsOfSRK.

(Sumber: Twitter)
(Sumber foto: Times of India)

Cinema Online, 26 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan