Siti Saleha teruja bakal kembali jayakan "7 Hari Mencintaiku" bahagian ketiga | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Siti Saleha teruja bakal kembali jayakan "7 Hari Mencintaiku" bahagian ketiga

Penulis: Ashraf Nasser

Siti Saleha belum tandatangani sebarang kontrak untuk drama
Siti Saleha belum tandatangani sebarang kontrak untuk drama
"7 Hari Mencintaiku" bahagian ketiga.

28 Sep – Pelakon popular Siti Saleha akui terkejut dan pada masa sama teruja apabila penerbit yang juga penulis skrip Siti Rosmizah mengumumkan bakal menghasilkan bahagian ketiga drama siri popular "7 Hari Mencintaiku" yang diangkat dari novel dengan judul yang sama.

"Sebagai pelakon, saya tak nafikan sangat menyukai hasil karya Kak Siti sejak dari dulu lagi kerana penulisannya ada keunikan.

"Malah, kalau diamati serta dibaca dengan teliti sudah tentu kita sedar betapa mantapnya kekuatan jalan cerita diilhamkan. Ia ada ciri yang tersendiri. Justeru, untuk penghasilan bahagian ketiga drama ini, saya sendiri tak tahu nak beri reaksi apa," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Siti Saleha yang lebih mesra disapa dengan panggilan Sally berkata dia sememangnya ada mendengar khabar angin mengenai bahagian ketiga itu namun tidak ambil serius kerana ia hanya sekadar khabar angin.

Dalam pada itu, pelakon "Pak Pong" ini berkata buat masa ini dia tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai sambungan drama itu kerana masih belum menandatangani sebarang kontrak selain tidak tahu jalan ceritanya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Sally bakal muncul tiga buah filem terbaru iaitu "The Spiral", "Proksi" dan "Rajawali: Aku Abang Long" yang kini dalam proses pos-produksi.

(Sumber foto: Siti Saleha Instagram)

Cinema Online, 28 Sept 2020

Filem Berkaitan:
Pak Pong (Melayu) (23 Feb 2017)
7ujuh (Melayu) (08 Nov 2018)
Aku Bukan Spy (Melayu) (19 Jan 2017)


Waktu Tayangan