Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Penulis: Nisa Irina

Mungkinkah gandingan serasi ini akan dilihat semula di layar perak?
Mungkinkah gandingan serasi ini akan dilihat semula di layar perak?

22 Jan – Tahun lalu selebriti terkenal Shah Rukh Khan mengumumkan bahawa dia akan terlibat dengan beberapa projek filem selepas berehat lama dari dunia lakonan sejak kegagalan filem "Zero".

Laporan terbaru dari Bollywood Hungama menyatakan Shah Rukh Khan telah bersetuju untuk membintangi sebuah filem arahan Rajkumar Hirani dan akan digandingkan dengan seorang aktres ternama.

"Walaupun ada laporan mengatakan Kareena Kapoor Khan telah dipilih, tetapi pembikin filem itu berkeinginan untuk menggandingkan Shah Rukh Khan dengan Kajol dalam filem terbarunya selepas "Sanju".

"Ia merupakan kombinasi yang menarik. Memandangkan Hirani pernah bekerjasama dengan Kareena dalam filem "3 Idiots", dia mungkin lebih tertarik untuk bekerjasama dengan Kajol kali ini," dedah satu sumber.

Tambahnya lagi, Shah Rukh Khan dilihat berulang alik ke pejabat Hirani untuk berbincang mengenai projek filem terbaru mereka dan kini ia hampir ke keputusan muktamad.

Kali terakhir gandingan serasi ini dilihat di layar perak adalah menerusi filem aksi romantik "Dilwale" arahan Rohit Shetty yang ditayangkan pada lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Kajol kini sedang meraikan kejayaan filem perang "Tanhaji: The Unsung Warrior" yang meraih kutipan tinggi sejak ia ditayangkan di pawagam pada 10 Januari.

(Sumber foto: Jakpost)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)

Cinema Online, 22 Jan 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan