Suhana Khan ikuti kelas tarian di rumah | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Suhana Khan ikuti kelas tarian di rumah

Penulis: Nisa Irina

Selain kelas tarian, Suhana Khan sempat bereksperimentasi solekan wajahnya.
Selain kelas tarian, Suhana Khan sempat bereksperimentasi solekan wajahnya.

7 Apr – Biarpun rakyat India kini sedang berada dalam tempoh Perintah Berkurung akibat pandemik COVID-19, namun ia tidak menghalang mereka daripada melakukan aktiviti bermanfaat di rumah masing-masing.

Seperti yang dilakukan oleh anak kepada bintang Bollywood Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan, yang mengikuti kelas tarian secara dalam talian di rumahnya bersama guru tarian terkenal Sanjana Muthreja.

"Mencabar diri kami masing-masing dengan tarian ini! Kelas dalam talian untuk sesi tarian 'belly' bersama Suhana Khan," tulis Sanjana menerusi foto yang dimuat naik menerusi Instagram.

Baru-baru ini juga, selebriti berusia 19 tahun itu sempat berkongsi eksprementasi solekan wajahnya menerusi foto-foto yang dimuat naik di media sosial.

Suhana kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perfileman di di Universiti New York, Amerika Syarikat dan telah membuat debut dalam lakonan menerusi filem pendek "The Grey Part of Blue".

Sementara itu, bapanya Shah Rukh Khan dilihat aktif di media sosial dengan memuat naik video-video mengenai Coronavirus dan langkah-langkah pencegahan wabak maut tersebut.

Shah Rukh Khan juga turut menyalurkan bantuan berupa wang kepada dana-dana kerajaan seperti PM-CARES dan Dana Bantuan Ketua Menteri Maharashtra bagi membantu golongan-golongan yang terjejas akibat pandemik ini.

(Sumber: Sanjana Muthreja Instagram)
(Sumber foto: Suhana Khan & Sanjana Muthreja Instagram)

Cinema Online, 07 Apr 2020

Waktu Tayangan