Sweet Qismina ajak orang ramai 'follow' pelakon kegemaran masing-masing | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sweet Qismina ajak orang ramai 'follow' pelakon kegemaran masing-masing

Penulis: Nisa Irina

Sweet Qismina dedah ramai penggiat seni tempatan yang berbakat sukar mencari kerja.
Sweet Qismina dedah ramai penggiat seni tempatan yang berbakat sukar mencari kerja.

29 Jul – Sejak pelakon Amerul Affendi mendedahkan terdapat stesen televisyen tempatan yang enggan mengambilnya berlakon hanya kerana bilangan pengikut media sosialnya kurang dari 500,000, isu itu telah menjadi buah mulut warganet termasuk para selebriti.

Sehubungan dengan itu, pelakon Farhanna Qismina yang mesra disapa sebagai Sweet, mengajak orang ramai untuk mengikuti pelakon-pelakon tempatan kegemaran mereka di media sosial agar mereka mudah diambil berlakon.

Menurut teman wanita kepada pelakon Adam Lee itu, terdapat ramai penggiat seni tempatan yang turut berdepan masalah sama apabila mengikuti uji bakat lakonan stesen televisyen atau syarikat produksi.

"Orang masih mengikuti 'influencers' yang selalu buat cerita panas dan menaikkan bilangan pengikut mereka di sebalik pelakon berbakat ini (Amerul). Penyelesaiannya, ramai-ramai tekan butang 'follow' lah.

"Terlalu ramai anak seni yang berbakat luar biasa cuba cari tapak. Tetapi apabila nak uji bakat sahaja mesti borang kena isi "berapa bilangan pengikut". Semua terus buntu. Rasa diri sendiri macam kecil sahaja.

"Yang datang dengan bilangan pengikut yang ramai tak payah ceritalah dia punya gaya itu macam mana. Memang komersial muka itu. Tak semua anak seni pandai guna media sosial untuk nampak relevan dan konsep itu sangat susah untuk diubah," tegas pelakon filem "Pusaka" itu di laman Twitter miliknya.

Harapan penggiat seni tempatan adalah supaya isu sebegini dapat membuka mata dan minda semua stesen televisyen dan syarikat produksi tempatan agar mementingkan bakat seseorang pelakon lebih daripada bilangan pengikut di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Sweet bakal muncul bersama pelakon Fattah Amin dalam drama bersiri berjudul "Pink Smile" yang akan disiarkan di TV3 bermula 31 Julai ini, dan sebuah filem komedi romantik berjudul "Kenderaan Berat Ikut Kiri".

(Sumber foto: Sweet Qismina Instagram)

Cinema Online, 29 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Pusaka (Malay) (31 Oct 2019)
Rise: Ini Kalilah (English / Malay / Tamil / Chinese) (13 Sep 2018)
Aku Haus Darah Mu (Malay) (02 Feb 2017)


Waktu Tayangan