Syafie Naswip cari rezeki sampingan sepanjang tempoh PKP | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Syafie Naswip cari rezeki sampingan sepanjang tempoh PKP

Penulis: Nisa Irina

> Syafie Naswip telah dapatkan kebenaran untuk keluar oleh pihak polis.data-adbro=
Syafie Naswip telah dapatkan kebenaran untuk keluar oleh pihak polis.
8 Apr - Jika sebelumnya segelintir selebriti berperang meminta bantuan khas kerajaan, lain pula pelakon Syafie Naswip yang menggunakan peluang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk mencari rezeki sendiri.

Seperti yang dimuat naik menerusi laman Instagram, Syafie mengambil inisiatif untuk menjual produk masakannya sendiri iaitu Sambal Belacan Goreng by Syafie Naswip yang mula dijual bermula Isnin.

"Saya akan menjual tiga hari seminggu bermula hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Jadi setiap minggu saya akan kutip 'order' sebelum saya masak.

"Sesiapa yang mahukan sambal ini boleh DM atau Whatsapp saya secara peribadi. Harga sebotol adalah RM20 termasuk penghantaran dan minimum 'order' dua botol. Saya sendiri yang akan buat penghantaran," tulisnya.

Kawasan yang termasuk dalam kawasan penghantaran ialah Kuala Lumpur, Nilai, Bangi, Bandar Putra, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Southville City dan Sri Kembangan.

Menurut salah seorang pelanggan yang memuji usahanya, Syafie telah mengambil kebenaran pelepasan di balai polis untuk keluar melakukan penghantaran sewaktu tempoh PKP dilaksanakan. "Alhamdulillah dalam musim COVID-19 ini tiada kerja berlakon semua ditangguhkan tetapi dia tak malu untuk cari duit dengan menjual sambal. Dia sendiri hantar ke rumah pelanggan ya.

"Tak semua artis yang mengharapkan bantuan, ada yang cerdik pandai akal fikirannya, cari rezeki jual apa yang mampu. Janji halal," katanya.

Syafie juga dilihat rajin mengisi masa lapangnya sewaktu tempoh PKP sejak dua minggu lalu dengan aktiviti memasak dan senaman kecergasan.

(Sumber foto: Syafie Naswip Instagram)
Cinema Online, 08 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Kenderaan Berat Ikut Kiri (Malay) (Undated)
Polis Evo 2 (Malay) (22 Nov 2018)
Jibam (Malay) (07 Dec 2017)


Waktu Tayangan