Teater muzikal "Upin & Ipin" bakal menjelajah ke luar negara | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Teater muzikal "Upin & Ipin" bakal menjelajah ke luar negara

Penulis: Ashraf Nasser

Sekiranya rancangan untuk mementaskan teater muzikal
Sekiranya rancangan untuk mementaskan teater muzikal "Upin & Ipin"
berjalan dengan lancar, ia akan menjadi yang pertama di Malaysia.

9 Jul – Selepas kejayaan demi kejayaan berjaya diraih oleh studio animasi terkemuka tanah air iaitu Les' Copaque menerusi animasi "Upin & Ipin", mereka sekali lagi bakal mencipta satu lagi kejayaan besar apabila disahkan bakal mengadakan siri jelajah teater muzikal "Upin & Ipin" di luar negara.

Perkara itu didedahkan oleh pemilik yang juga Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd iaitu Hj Burnahuddin Md Radzi menerusi satu entri di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

"Tahun ini, kami (Les' Copaque) sepatutnya akan mengadakan jelajah produksi teater muzikal "Upin & Ipin" selepas ada pihak promoter daripada Singapura bersetuju untuk mementaskan teater itu di Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan di London.

"Tarikh sudah ditetapkan, skrip sudah siap dan pelakon juga sudah dipilih. Kami juga sudah buat sidang media di Jakarta. Malangnya, kita telah dilanda pandemic COVID-19 dan rancangan kami terpaksa ditunda kepada tahun hadapan.

"InsyaAllah, jika semuanya berjalan dengan lancar, kami akan bawa teater muzik "Upin & Ipin" menjelajah ke luar negara. Yang pertama di Malaysia," tulisnya.

Terdahulu, animasi "Upin & Ipin" telah dipilih sebagai rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNEP) bagi memperhebatkan promosi Kempen Beli Barangan Malaysia.

(Sumber foto: Gempak)

Cinema Online, 09 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Malay) (21 Mar 2019)
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (Malay) (12 Feb 2009)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan