Buletin
Tiger Shroff bakal terajui sekuel "Heropanti"?


Tarikh disiarkan: 20 Februari 2020

Tiger Shroff bakal kembalikan watak Bablu?
Tiger Shroff bakal kembalikan watak Bablu?

20 Feb – Pembikin filem aksi romantik "Heropanti" telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka merancang untuk menerbitkan sebuah francais bagi filem tersebut di bawah produksi Nadiadwala Grandson Entertainment (NGE).

Sehubungan dengan itu, Hindustan Times melaporkan bintang utamanya Tiger Shroff, bakal kembali untuk menjayakan sekuel filem itu yang diberi judul "Heropanti 2".

"Selepas "Baaghi 3", Tiger sepatutnya memulakan projek 'remake' "Rambo" arahan Siddharth Anand, tetapi ia telah ditunda sekali lagi memandangkan Tiger ingin terlibat dengan sebuah filem di bawah produksi Sajid Nadiadwala iaitu sekuel "Heropanti".

"NGE telah merancang untuk menerbitkan francais "Heropanti" pada tahun lalu dan akhirnya mereka menemui skrip yang sesuai bagi filem aksi itu.


""Heropanti 2" akan menampilkan Tiger sebagai watak utama iaitu Bablu, menghidupkan semula watak asalnya yang merupakan filem debut Bollywood-nya," dedah satu sumber terdekat.

Menerusi filem pertama arahan Sabbir Khan, Tiger dilihat berkongsi skrin bersama aktres Kriti Sanon, serta beberapa aktor lain seperti Prakash Raj, Vikram Singh, Sunil Grover dan ramai lagi.

Walaubagaimanapun, setakat ini pembikin filem atau Tiger masih belum mengumumkan sebarang maklumat terperinci mengenai filem sekuel tersebut.

Beralih ke perkembangan "Baaghi 3" pula, Tiger kini sedang sibuk mempromosikan filem yang padat dengan aksi arahan Ahmed Khan itu. Turut diterbitkan oleh Sajid Nadiadwala, "Baaghi 3" akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mac 2020.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Oye Times)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide