Uqasha Senrose luah keinginan untuk berumah tangga | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Uqasha Senrose luah keinginan untuk berumah tangga

Penulis: Ashraf Nasser

Uqasha Senrose luah keinginannya untuk berumah tangga.
Uqasha Senrose luah keinginannya untuk berumah tangga.

9 Jul – Pelakon sensasi Uqasha Senrose menjelaskan bahawa hubunganya dengan pelakon Kamal Adli buat masa ini hanya sebagai kawan biasa.

"Kalau hendak tanya mengenai Kamal, sebaiknya tanyalah dia sendiri. Lagi manis jika pihak lelaki yang bercakap berbanding perempuan.

"Buat masa sekarang, kami selesa berkawan. Tak salahkan berkawan? Saya sendiri pun tak tahu jodoh dengan siapa. Jadi saya terbuka berkawan dengan seisapa sahaja," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Uqasha dan Kamal dikatakan semakin rapat selepas mereka bergandingan dalam drama "Setelah Terlafaznya Akad".

Dalam pada itu, pelakon "Hantu Kak Limah" berkata dia tidak memikirkan sangat soal jodoh kerana menyerahkan perkara itu kepada takdir.

Bagaimanapun pada usianya ketika ini dia sudah mempunyai keinginan untuk berumah tangga dan ada anak sendiri.

Oleh itu, sekiranya jodohnya sampai dia akan tidak akan berlengah dan akan mempercepatkan urusan untuk naik pelamin.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Uqasha bakal sekali lagi bergandingan dengan Kamal menerusi drama "Perempuan Tanpa Dosa" yang kini sedang proses penggambaran.

(Sumber foto: Uqasha Senrose Instagram)

Cinema Online, 09 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Hantu Kak Limah (Malay) (09 Aug 2018)
BenCinta (Malay) (26 Sep 2013)
Paku Pontianak (Malay) (22 Aug 2013)


Waktu Tayangan