Uyaina Arshad akui terlalu rindu nak berlakon | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Uyaina Arshad akui terlalu rindu nak berlakon

Penulis: Ashraf Nasser

Uyaina Arshad harap wabak COVID-19 di Malaysia dapat dihapuskan segera.
Uyaina Arshad harap wabak COVID-19 di Malaysia dapat dihapuskan segera.

7 Apr – Pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad meluahkan rasa rindunya untuk kembali bekerja (berlakon) selepas lebih tiga minggu terpaksa duduk di rumah berikutan kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak COVID-19.

Menurut Uyaina, sepanjang tempoh PKP ini dia mula menyedari dan menghargai nikmat dapat pergi kerja.

"Masa kerja, kena curi-curi masa untuk tidur. Sekarang, rindu nak kerja sebab tidak mahu asyik tidur saja di rumah.

"YaAllah, semoga wabak COVID-19 ini berakhir dengan cepat dan kita semua dapat bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga kita. Amin!," tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul naseha Uyaina Arshad berharap wabak COVID-19 dapat memberi pengajaran kepada semua orang untuk tidak lagi mengeluh tentang kerja, kerana kerja merupakan salah satu nikmat Allah kepada semua.

Dalam perkembangan lain, Uyaina baru sahaja muncul dengan drama terbarunya berjudul "Jujurlah Nikahi Aku" yang diadaptasi dari novel karya Umie Nadzimah.

(Sumber foto: Uyaina Arshad Instagram)

Cinema Online, 07 Apr 2020

Waktu Tayangan