Vaani Kapoor bawa watak 'transgender' dalam filem "Chandigarh Kare Aashiqui"? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Vaani Kapoor bawa watak 'transgender' dalam filem "Chandigarh Kare Aashiqui"?

Penulis: Nisa Irina

Vaani Kapoor belum sahkan butiran tentang watak barunya.
Vaani Kapoor belum sahkan butiran tentang watak barunya.

28 Okt – Aktres Bollywood Vaani Kapoor bersedia untuk keluar dari zon selesa dalam kariernya apabila dia dilaporkan bakal menggalas watak 'transgender' bagi filem terbarunya "Chandigarh Kare Aashiqui".

Menerusi filem itu, Vaani akan digandingkan dengan aktor versatil Ayushmann Khurrana buat pertama kali, di mana aktor itu akan memegang watak seorang atlet yang menjalin hubungan dengan individu 'transgender'.

Walau bagaimanapun, buat masa ini masih belum ada sebarang pengumuman atau pengesahan daripada aktres tersebut mahupun pihak produksi tentang butiran tersebut.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, pengarah Abhishek Kapoor memberitahu segala butiran mengenai filemnya hanya akan didedahkan kelak.

Beralih ke perkembangan lain, Vaani dilihat agak sibuk memandangkan jadual penggambaran filemnya bersama aktor Akshay Kumar, "Bell Bottom", di United Kingdom masih belum selesai.

Terdahulu, Vaani dan seluruh kumpulan produksi filem tersebut telah selesai menjalankan penggambaran di Glasgow dan kini mereka akan meneruskannya di London.

Untuk rekod, kali terakhir bintang filem "War" itu dilihat berlakon adalah menerusi filem aksi pengembaraan, "Shamshera", yang turut menampilkan aktor Ranbir Kapoor dan Sanjay Dutt sebagai peneraju utama.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: wallpapersden.com)

Cinema Online, 28 Okt 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan