Buletin
Vidya Balan umumkan filem terbarunya "Sherni"


Tarikh disiarkan: 16 Februari 2020

Vidya Balan teruja untuk masuk set penggambaran "Sherni". data-adbro=
Vidya Balan teruja untuk masuk set penggambaran "Sherni".

16 Feb – Aktres Vidya Balan mengumumkan bahawa dia bakal muncul dalam filem terbaru terbitan Bhushan Kumar berjudul "Sherni" yang bakal memulakan produksi tidak lama lagi.

Walaupun belum ada butiran lanjut mengenai pelakon lain yang didedahkan buat masa ini, namun penggambaran filem arahan Amit Masurkar itu dijangka untuk bermula dalam masa terdekat.

"Dengan penuh rasa teruja saya ingin mengumumkan filem terbaru saya "Sherni". Saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran!" tulisnya menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di laman Instagram.

Kali terakhir aktres berusia 41 tahun itu dilihat di layar perak adalah menerusi filem India pertama bertemakan angkasa lepas "Mission Mangal" yang berjaya meraih kutipan pecah panggung tahun lalu.


Ternyata lakonan Vidya tidak sia-sia apabila namanya layak untuk dicalonkan bagi kategori Aktres Terbaik bagi Anugerah Filmfare yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Beralih ke perkembangan lain, Vidya akan digandingkan dengan aktor Jisshu Sengupta dalam filem biopik "Shakuntala Devi: The Human Computer" arahan Anu Menon di bawah terbitan Vikram Malhotra.

Turut menampilkan Sanya Malhotra, Amit Sadh dan Spandan Chaturvedi, filem itu bakal ditayangkan di pawagam pada 8 Mei 2020.

(Sumber foto: Vidya Balan Instagram)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide