Wafariena tak sangka lakonannya dibenci penonton | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Wafariena tak sangka lakonannya dibenci penonton

Penulis: Ashraf Nasser

Sebelum berlakon, Wafariena merupakan seorang penyanyi.
Sebelum berlakon, Wafariena merupakan seorang penyanyi.

12 Ogos – Pelakon baru yang sedang meningkat naik gembira apabila lakonannya sebagai watak antagonis dalam drama "7 Hari Mencintaiku 2" dibenci oleh penonton sekaligus membuktikan lakonannya berjaya beri impak.

"Alhamdulillah, rezeki saya kerana berjaya diterima peminat dengan watak ini. Mereka membenci tapi dalam masa saya membuktikan yang lakonan saya menjadi dan saya berjaya bawa watak ini dengan baik.

"Dari situ juga saya berdepan kecaman yang teruk daripada penonton dan macam-macam yang berlaku. Saya dah agak watak ini pasti mengundang perhatian. Biasalah ini memang cara warganet dan saya tak boleh buat apa-apa. Dah saya yang lakonkan watak ini, jadi kenalah terima," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, dia berterima kasih kepada produksi drama "7 Hari Mencintaiku 2" kerana menawarkan watak Nurul Ain kepadanya yang mana ia akhirnya telah berjaya melonjakkan namanya dalam industri.

Terdahulu Wafariena atau lebih mesra dengan panggilan Wafa pernah membintangi beberapa telefilem iaitu "Kisah Seram Hostel", "Main Kahwin-Kahwin", "Rinding" dan sebuah filem "Buntat" namun kelibatnya tidak mendapat perhatian.

Dalam pada itu, sebelum melangkah ke dunia lakonan Wafa sebenarnya merupakan seorang penyanyi yang mana dia bernaung di bawah syarikat rakaman MAP Music dan mempunyai single pertamanya "Carilah Aku".

(Sumber foto: Wafariena Instagram)

Cinema Online, 12 Ogos 2020

Waktu Tayangan