Buletin
Watak Sanjay Dutt untuk filem "Bhuj: The Pride Of India" didedahkan


Tarikh disiarkan: 26 Mac 2020


Sanjay Dutt sudah menjayakan pelbagai watak anggota khas sepanjang kariernya.

26 Mac – Bintang veteran Sanjay Dutt telah mendedahkan wataknya yang dibawa menerusi filem aksi perang "Bhuj: The Pride Of India".

Menurut laporan yang dipetik dari Bollywood Hungama, Sanjay akan memegang watak sebagai seorang pegawai Perkhidmatan Pentadbiran India (IAS) bernama Scout Ranchordas Pagi.

Seperti sedia maklum, sebelum ini juga Sanjay telah menjayakan pelbagai jenis watak anggota berpakaian seragam menerusi filem-filem yang lepas seperti "Zila Ghaziabad", "Department" dan "Policegirl".


Diarahkan oleh Abhishek Dudhaiya, filem itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Ajay Devgn, Sonakshi Sinha, Sharad Kelkar, Ammy Virk, Nora Fatehi dan ramai lagi.

Antara barisan penerbit yang menjayakan filem ini ialah Bhushan Kumar, Divya Khosla Kumar dan Krishan Kumar. "Bhuj: The Pride Of India" bakal dirilis di pawagam pada 14 Ogos 2020.

Beralih ke perkembangan lain, 2020 merupakan tahun yang agak sibuk buat Sanjay memandangkan dia terlibat dengan lima buah lagi projek filem.

Filem-filem tersebut ialah "Sadak 2", "Shamshera", "K.G.F: Chapter 2", "Prithviraj" dan "Torbaaz".

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: DNA India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide