"Wonder Woman 1984" sah ditayangkan 16 Disember ini! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Wonder Woman 1984" sah ditayangkan 16 Disember ini!

Penulis: Ashraf Nasser

Pengumuman terbaru ini nyata mencetuskan keterujaan peminat Marvel di seluruh dunia.
Pengumuman terbaru ini nyata mencetuskan keterujaan peminat Marvel di seluruh dunia.

19 Nov – Setelah lama berteka-teki mengenai tarikh tayangan filem adiwira paling dinanti-nanti "Wonder Woman 1984", pihak studio AT&T Warner Bros akhirnya telah mengesahkan bahawa filem itu akan diriliskan pada 16 Disember ini di pawagam.

Menurut laporan dari Reuters, tarikh tersebut bagaimanapun hanya untuk pawagam di luar negara dan bukannya di Amerika Syarikat kerana tayangan filem yang dibintangi oleh Gal Gadot di sana akan ditayangkan pada Hari Krismas iaitu 25 Disember serentak di pawagam dan di HBO Max.

Berita terbaru ini nyata mencetuskan kegembiraan buat peminat-peminat DC Comics termasuklah di Malaysia.

Cinema Online telah menghubungi pihak Warner Bros Malaysia (WB) bagi mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaru ini bagaimanapun WB tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

"Buat masa ini kami tidak dapat memberi sebarang komen. Bagaimanapun kami akan membuat pengumuman mengenai tarikh tayangan setelah mendapat pengesahan," ujar jurucakap WB.

Terdahulu, filem arahan Patty Jenkins ini sepatutnya ditayangkan pada Jun lalu, namun terpaksa di ditunda beberapa kali berikutan dunia dilanda pandemik COVID-19.

"Wonder Woman 1984" adalah sekuel daripada "Wonder Woman" pada tahun 2017 yang mana ia telah berjaya meraih kutipan pecah panggung lebih RM3.3 billion di seluruh dunia.

Teruskan bersama Cinema Online untuk perkembangan terbaru mengenai "Wonder Woman 1984"!

Cinema Online, 19 Nov 2020

Filem Berkaitan:
Wonder Woman (01 Jun 2017)
Wonder Woman 1984 (17 Dis 2020) [Trailers]



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan