Yami Gautam anggap isu nepotisme tak perlu diperbesarkan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Yami Gautam anggap isu nepotisme tak perlu diperbesarkan

Penulis: Nisa Irina

Yami Gautam bangga lahir dari latar belakang keluarga seni.
Yami Gautam bangga lahir dari latar belakang keluarga seni.

1 Apr – Industri filem Bollywood sememangnya tidak boleh lari dari isu nepotisme, namun aktres Yami Gautam berpendapat ia bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan.

"Tiada apa pun yang perlu diperbalahkan di sini. Kita tidak boleh mengubah seseorang yang lahir dalam sesebuah industri, ia bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal.

"Anda tidak boleh ubah asal usul saya. Itu satu kenyataan bukan? Jika ia satu kenyataan, apa salahnya kalau semua orang terima sahaja?

"Namun jika sudah dapat peluang, gunakan sebaik mungkin dan jangan sesekali mensia-siakannya," ujarnya menerusi laporan Hindustan Times.

Menurut Yami lagi, dia tidak akan berjaya bergelar seorang selebriti filem jika dia tidak dilahirkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan dunia seni.

Dalam perkembangan lain, susulan Perintah Berkurung yang dilaksanakan kerajaan India minggu lalu akibat pandemik COVID-19, Yami dilihat sibuk mencuba resepi-resepi masakan yang berkhasiat di laman Instagram.

Selain itu, Yami turut membantu dan menyeru orang ramai menyumbang derma kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan ketika krisis kesihatan ini berlaku.

Tahun ini, Yami bakal muncul dengan sebuah filem komedi romantik berjudul "Ginny Weds Sunny" arahan Puneet Khanna, yang menggandingkan aktres itu bersama aktor Vikrant Massey.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Yami Gautam Instagram)

Cinema Online, 01 Apr 2020

Waktu Tayangan