Yami Gautam imbangkan kerjaya dan kesihatan tubuh badan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Yami Gautam imbangkan kerjaya dan kesihatan tubuh badan

Penulis: Nisa Irina

Yami Gautam luangkan masa kuarantinnya dengan mencuba resepi baru.
Yami Gautam luangkan masa kuarantinnya dengan mencuba resepi baru.

27 Mac – Aktres Yami Gautam memberitahu dia memilih untuk menyeimbangkan antara kesihatan tubuh badan dengan kerjaya sebagai seorang anak seni memandangkan kedua-dua perkara itu sama penting.

Menurut Yami, tahun lalu dia bergelut dengan masalah kesihatan akibat jangkitan denggi serta kecederaan di bahagian leher yang mengakibatkan sistem imun dan staminanya berkurang.

Selain itu, dia mengakui telah mengamalkan diet yang tidak seimbang bagi mendapatkan tubuh badan ideal ketika terikat dengan jadual penggambaran filem dan iklan yang padat.

"Sebagai aktor, ia tanggungjawab kami untuk kekal berketerampilan setiap masa tetapi kami juga manusia biasa. Ada hari yang tubuh badan kami kelihatan gempal dan itu normal.

"Seperti selebriti Hollywood, kami sebagai aktor perlu mementingkan kerja juga selain dari penampilan, serta memberi fokus terhadap watak yang kami bawakan dalam skrin," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Dalam pada itu, Yami dilihat meluangkan masa kuarantinnya di rumah dengan mencuba resepi-resepi masakan yang berkhasiat selain bercucuk tanam, membaca dan melukis.

"Elakkan daripada berasa tertekan dan tidak perlu panik dengan situasi pandemik ini kerana ia akan menjejaskan minda dan tubuh badan anda. Gunakan tempoh ini dengan sebaiknya," tambahnya lagi.

Beralih ke perkembangan lain, Yami bakal tampil dengan filem komedi romantik terbarunya "Ginny Weds Sunny" arahan Puneet Khanna yang dijangka akan dirilis tahun ini.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Yami Gautam Instagram)

Cinema Online, 27 Mac 2020

Waktu Tayangan