Buletin
Yatt Hamzah kesal trafik laman lucah di Malaysia meningkat mendadak


Tarikh disiarkan: 27 Mac 2020

Yatt Hamzah turut menasihati golongan selebriti yang sering memuat naik gambar & video seksi demi mendapatkan perhatian.
Yatt Hamzah turut menasihati golongan selebriti yang sering memuat naik
gambar & video seksi demi mendapatkan perhatian.

27 Mac – Pelakon Yatt Hamzah kecewa dengan sikap masyarakat Malaysia apabila memuat naik posting di laman sosial 'screen shot' sebuah artikel yang menyatakan trafik laman sesawang lucah meningkat 84 peratus ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Lebih mengejutkan Malaysia berada dalam di tempat keempat tertinggi di dunia melayari laman sesawang lucah itu.

"Astaghfirullahaladzim. Cukuplah dengan musibah yang ada ini. Jangan ditambahkan lagi. Bertaubatlah, Allah bagi ujian wabak COVID-19 ini untuk kita berfikir dan mendekatkan diri pada Allah.


"Bermuhasabah dan memperbaiki diri. Bukan dengan berbuat maksiat menambah laknat dan kemurkaan Allah. Hentikan pornografi," ujarnya.

Yatt pada masa sama turut menasihati golongan selebriti, instafamous dan orang ramai yang sering memuat naik gambar dan video seksi berhenti dari terus melakukan perkara itu.

Dalam pada itu, dalam posting tersebut juga pelakon "Impak Maksima" ini turut menyuarakan kebimbangan sekiranya perbuatan tidak berfaedah itu diteruskan kerana ia mengundang bencana dan akibatnya akan ditanggun oleh semua termasuk yang tidak bersalah.

(Sumber foto: BH Online)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:



Ticket Pricing Guide