YouTube akan kurangkan kualiti penstriman di seluruh dunia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

YouTube akan kurangkan kualiti penstriman di seluruh dunia

Penulis: Florey DM


YouTube menukar kualiti 'default' kepada standard untuk bulan depan.

25 Mac – Bermula bulan hadapan, YouTube akan mengurangkan kualiti penstriman kesemua video di platform miliknya di seluruh dunia.

Ini bermakna penonton yang mula memainkan video, ia akan dimainkan dalam kualiti definasi standard (480p) sebagai mana sebelum ini mereka menetapkan kualiti video tinggi sebagai 'default', menurut laporan dari Bloomberg.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud kesemua video di platform itu tidak lagi mempunyai video berkualiti tinggi. Penonton masih lagi diberi pilihan untuk menonton video dalam definasi HD tetapi mereka perlu tukar secara manual.

Pengurangan kualiti penstiman ini dilakukan adalah usaha untuk mengurangkan trafik dan penggunaan internet ketika pandemik COVID-19, yang mana ia telah memaksa orang di seluruh dunia untuk duduk di rumah untuk satu tempoh yang lama, termasuklah bekerja dari rumah.

YouTube telah mula mengurangkan kualiti video mereka sejak minggu lalu tetapi di Eropah. Kini mereka sudah melakukan pengurangan itu secara global berikutan penularan wabak itu di seluruh dunia.

Terdahulu, Netflix dan Amazon juga sudah mengumumkan yang mereka akan mengurangkan 'bitrates' di Eropah. Ketika ini belum ada berita samada mereka akan melakukan secara global atau tidak.

(Photo source: NiP STUDIO | Shutterstock.com)

Cinema Online, 25 Mac 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan