Pengarah Yusof Kelana tak sangka derita kanser kulit tahap empat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pengarah Yusof Kelana tak sangka derita kanser kulit tahap empat

Penulis: Ashraf Nasser

Yusof Kelana enggan mudah putus asa, sebaliknya dia akan berusaha untuk berubat secara moden dan tradisional.
Yusof Kelana enggan mudah putus asa, sebaliknya dia akan berusaha untuk berubat secara moden dan tradisional.

7 Jul - Pengarah filem veteran Yusof Kelana tidak menyangka luka pada tapak kakinya adalah petanda dirinya menderita kanser kulit tahap empat kerana sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang simpton penyakit itu.

"Saya sangkakan luka itu sekadar kesakitan biasa. Biarpun luka semakin besar saya tidak endah ajakan anak ke hospital sehinggalah saya terjatuh dan sakit dada, lantas anak tidak berlengah lagi membawa saya ke hospital.

"Saya tak mempunyai penyakit kencing manis, jadi doktor menjalankan ujian Computed Tomography atau CT Scan. Daripada situ, mereka mengesan penyakit, tetapi untuk mendapatkan lebih kepastian, mereka mengambil tisu.

"Hasil ujian, saya disahkan menghidap kanser kulit tahap empat, dua minggu lalu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pengarah "Bidong: The Boat People" berkata kesibukan kerja-kerja penggambaran mungkin menjadi sebab dia tidak menyedari penyakit yang dihadapi.

Bagaimanapun pengarah berusia 66 tahun ini enggan putus asa dan akan terus berjuang untuk melawan penyakit kansernya.

Kini Yusof dirawat di Hospital Ampang Puteri bagi menjalani rawatan kemoterapi turut berkata selain mencuba rawatan moden dia juga akan mencuba perubatan tradisional pula selepas ini.

Dia perlu berikhtiar dan tidak boleh mengalah dengan cepat.

Dalam perkembangan lain, Yusof kini dalam proses pos-produksi untuk menyiapkan filem biopik terbarunya berjudul "Mahathir: The Journey".

Kami di Cinema Online berharap Yusof Kelana akan terus kuat dan cekal untuk menentang penyakit kanser dan semoga segera sembuh!

(Sumber foto: BH Online)

Cinema Online, 07 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Bidong The Boat People (Malay) (01 Mar 2018)
Bahaya Cinta (Malay) (01 May 2014)
Waktu Tayangan