Buletin
Zara Zya luah hasrat ingin bintangi filem aksi


Tarikh disiarkan: 25 Mac 2020

Zara Zya bimbang jika penonton sudah mula jemu dengan lakonannya.
Zara Zya bimbang jika penonton sudah mula jemu dengan lakonannya.

25 Mac – Pelakon Zara Zya mendedahkan dia kini bersedia untuk kembali ke layar perak jika diberi peluang membintangi filem aksi dan tidak akan berfikir dua kali untuk menerima tawaran.

Menurut Zara, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia sedia untuk menjalani latihan khas sebelum memasuki set penggambaran supaya gaya lakonannya nampak lebih asli.

"Sebelum ini, ada penerbit pernah bertanyakan kepada saya untuk membintangi filem aksi dan mestilah saya nak untuk kerjaya lakonan tetapi perlukan masa untuk latihan.


"Saya tak nak nanti apabila berlakon, orang akan nampak lakonan saya tak menjadi. Saya sanggup melakukan latihan tetapi beri masa sebulan," katanya yang dipetik dari mStar Online.

Dalam pada itu, Zara mengakui berasa bimbang jika penonton sudah mula jemu dengan watak wanita baik yang sering dibawanya dalam drama.

"Saya tahu memang ada penonton yang dah bosan dan tanya bila saya nak bawa watak jahat. Saya takut orang akan gelak atau benci apabila saya bawa watak itu," tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Zara digandingkan semula dengan pelakon Azree Khairi menerusi drama bersiri 28 episod "Seadanya Aku" yang ditayangkan di TV3 pada 15 Januari hingga 21 Februari.

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, Zara turut menasihati masyarakat supaya menjaga keselamatan serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan menerusi laman Instagram.

(Sumber foto: Zara Zya Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Rembat (Melayu) (8 Oktober 2015)





Ticket Pricing Guide