Zarina Anjoulie enggan 'perang' kerana mahu bantu orang terjejas akibat COVID-19 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zarina Anjoulie enggan 'perang' kerana mahu bantu orang terjejas akibat COVID-19

Penulis: Ashraf Nasser


Zarina Anjoulie mahu fokus bantu orang dari sibuk minta bantuan daripada kerajaan.

1 Apr – Sejak beberapa hari ini industri seni tanah air menjadi hangat dengan perbalahan antara pelakon Zarina Anjoulie dengan segelintir penggiat seni sehingga Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) turut masuk campur dalam hal itu.

Bagaimanapun, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul enggan memanjangkan isu itu kerana mahu memberi tumpuan kepada perkara yang lebih berfaedah iaitu membantu golongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dengan memberi bantuan keperluan harian.

"Saya sedar masih ada segelintir artis yang mahu tindas saya secara halus, tetapi saya tidak marah kerana saya sudah pun dedahkan segalanya dan tegakkan keadilan untuk diri saya.


"Jadi sekarang ini saya sudah tidak lagi mahu fikir lagi kerana saya dan teman lelaki kini sedang sibuk membantu golongan yang terjejas dengan memberi barangan keperluan harian kepada mereka," ujarnya di laman sosial Instagram miliknya.

Tambah pelakon berusia 33 tahun itu lagi, sekiranya masih lagi ada artis yang ingin terus menghentamnya dia tidak kisah kerana ia sedikit pun tidak akan menjejaskan dirinya.

Semalam SENIMAN telah membuat laporan polis terhadapnya dengan mendakwa video yang dimuat naik oleh Zarina telah menjadi punca perbalahan antara netizen dan artis.

Bagaimanapun tidak semua artis bersetuju dengan tindakan SENIMAN itu dengan berkata pihak polis ada banyak perkara lain yang hendak dikendalikan daripada isu remeh ini.

(Sumber foto: Zarina Anjoulie Instagram)

Cinema Online, 01 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan