Zarina Anjoulie ingin sumbang susu formula bayi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zarina Anjoulie ingin sumbang susu formula bayi

Penulis: Nisa Irina

Zarina Anjoulie menghargai sokongan ramai yang turut memberi bantuan.
Zarina Anjoulie menghargai sokongan ramai yang turut memberi bantuan.

7 Apr – Sejak tular di media sosial baru-baru ini, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie dilihat semakin aktif dalam melakukan kerja amal dengan menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju, bercadang untuk menyediakan bekalan susu formula kepada golongan ibu-ibu yang mempunyai bayi kecil.

"Boleh berikan pendapat anda, Anju ingat nak cuti seminggu. Anda rasa bagus tak idea untuk saya fokuskan penghantaran formula susu bayi seluruh negeri? Ada masalah penghantaran di sesetengah kawasan ke?

"Bayi-bayi adalah lebih penting buat masa sekarang. Tak sanggup saya nak tengok ibu-ibu memberi bayi mereka minum susu pekat manis kerana tak mampu nak beli susu formula," tulisnya menerusi Twitter.

Cadangan yang dikemukan oleh Anju itu telah menarik perhatian ramai warganet yang rata-rata turut memberi cadangan mereka tersendiri berkenaan proses penghantaran.

"Kerja bantuan saya semakin besar dan semakin ramai yang turut terlibat dengan pergerakan ini. Saya tak mungkin dapat melakukannya tanpa sokongan anda semua," ujarnya yang berterima kasih kepada orang ramai.

Baru-baru ini juga Anju telah membantu artis veteran Roslan Saleh dengan mempromosi serta memborong produk sambal lado jualan Pak Lan.

(Sumber foto: Zarina Anjoulie Instagram)

Cinema Online, 07 Apr 2020

Waktu Tayangan