Zizan Razak dedah wataknya dalam filem "Baik Punya Ah Long" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak dedah wataknya dalam filem "Baik Punya Ah Long"

Penulis: Ashraf Nasser

Zizan Razak minta peminat bersabar menanti filem terbarunya bersama Johan Raja Lawak yang pastinya akan membuat penonton terhibur.
Zizan Razak minta peminat bersabar menanti filem terbarunya bersama
Johan Raja Lawak yang pastinya akan membuat penonton terhibur.

15 Sep – Minggu lalu peminat Jozan mendapat berita gembira apabila pelakon dan pelawak kegemaran mereka akhirnya bakal kembali bergandingan dalam filem terbaru yang diberi judul "Baik Punya Ah Long" tidak lama lagi.

Susulan itu, Zizan yang merupakan salah seorang pelakon utama filem itu telah mendedahkan wataknya dalam filem terbitan dan arahan Datuk Afdlin Shauki itu di laman sosial Instagram miliknya.

"Memperkenalkan nama saya ALOY. Filem terbaru arahan Afdlin Shauki berjudul "Baik Punya Ah Long"!! Tak sabar kan?? Sabar bawak bersabar," tulisnya.

Bagaimanapun pelakon "Abang Long Fadil 2" itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai wataknya itu atau nama watak gandingannya iaitu Johan Raja Lawak.

Penggambaran filem komedi itu dikatakan bakal bermula dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, kali terakhir kedua-dua mereka beraksi di layar perak adalah menerusi filem "Uncle Usin" pada tahun 2012.

Dalam perkembangan lain, selain filem "Baik Punya Ah Long", Zizan juga kini sedang menunggu tayangan dua buah filem terbarunya iaitu "Abang Long Fadil 3" dan "Polis Evo 3" yang dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 15 Sept 2020

Filem Berkaitan:
Abang Long Fadil (Malay) (29 May 2014)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)
Uncle Usin (Malay) (19 Apr 2012)


Waktu Tayangan