Zizan Razak tak fikir soal kerjaya seni, sebaliknya mahu beri bantuan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak tak fikir soal kerjaya seni, sebaliknya mahu beri bantuan

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan Razak serahkan soal kerjaya seni pada pihak pengurusan
kerana fokusnya kini adalah bantu orang yang terjejas akibat COVID-19.

30 Mac – Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Zizan Razak berkata dalam situasi negara yang kini berdepan pandemik COVID-19, dia tidak langsung memikirkan soal kerjaya seninya buat masa ini sebaliknya mahu beri bantuan kepada mereka yang terjejas.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, dia dan beberapa artis popular lain kini dalam perancangan untuk membantu para petugas barisan hadapan termasuk masyarakat yang terjejas.

"Saya dan beberapa rakan artis merancang membantu petugas barisan hadapan. Selain itu, saya bersama beberapa badan juga kini sedang menyusun strategi bagi membantu mereka berdepan kesempitan hidup.

"Projek dan kerjaya saya serahkan kepada pihak pengurusan mengaturnya buat masa ini. Apa yang lebih bermakna, saya dapat membantu rakyat Malaysua yang memerlukannya," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Zizan berkata tindakan produksi Nizra Entertainment yang menghentikan tayangan filem terbaru lakonannya berjudul "Bulan Dan Pria Terhebat" adalah tepat demi keselamatan orang ramai.

Zizan mengakui apabila perkara ini berlaku pihak yang paling terkesan adalah penerbit, tetapi dalam situasi ketika ini kita aktor itu berkata kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan sendiri.

Selain filem "Bulan Dan Pria Terhebat", Zizan juga mempunyai beberapa buah filem yang bakal ditayangkan pada tahun ini iaitu "Polis Evo 3" dan "Abang Long Fadil 3" namun tidak mengetahui samada ia tetap akan ditayangkan pada tahun ini atau tahun depan.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 30 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)


Waktu Tayangan